Tuesday, 5 March 2013

SOLAT DAN KESIHATAN

SOLAT

terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan & pengenduran semasa gerakan solat.

1.Berdiri

berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua2 telapak kaki secara seimbang. secara ortopedik, rutin inin melatih kekuatan tulang pada kaki & ekstremiti bawah menerima & menampung beban tubuh secara rutin.






2. Takbir 

mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. waktu itu paru-paru mengembang & otot diafragma (diaphragm) mendatar. mendakap tangan ke dada memberi kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis & mengeluarkan nafas


3. Rukuk

posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang & tulang kemaluan. ini melancarkan proses membuang air kecil & mencegah gangguan prostat.










4. Sujud

sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke otak, khususnya darah disaluran vena. ini menyebabkan pengaliran darah menuju jantung lebih mudah.






5. duduk iftirasy (antara 2 sujud)

menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluran peluh. ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral & garam-garam ynag mungkin ada pada lipatan paha.














No comments:

Post a Comment

Post a Comment